Jenis-jenis harta benda yang wajib di zakatkan pada zaman modern sekarang ini, sebagaimana disampaikan oleh prof. Dr. Muhammad Yusuf al-Qardlawai dalam kitabnya “Fiqh az-Zakar” adalah sebagai berikut: Adz-Dzahab wa al-fiddlah, yakni emas dan perak , termasuk batu permata, intan berlian, dan logam mulia.
Perhiasan wanita, Mutiara, berlian dan lain-lain yang telah cukup nishab, jika dimasudkan semata-semata untuk perhiasan wanita secara wajar, hukum zakatnya adalah khilaf, ada ulama yang mewajibkan dan ada pula yang tidak mewajibkan.
Mutiara, berlian dan lain-lain yang telah cukup nishab, jika dimaksudkan untuk invesntasi, atau menyimpan kekayaan, wajib dikeluarkan zakatnya, jika telah cukup haul.
Manakala, segala perhiasan yang dihasilkan daripada bahan selain emas dan perak, seperti batu permata, intan, mutiara dan sebagainya, maka telah ittifaq para ulama fiqh bahawa tidaklah dikenakan apa-apa zakat ke atasnya. Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya: “Tidak terjadi perselisihan pendapat di antara para ulama mengenai perhiasan wanita selain emas dan perak, bahawa barang-barang tersebut tidak perlu dikeluarkan zakat; kecuali apabila untuk diperdagangkan.” (Ensaiklopedia Fiqh Wanita, hal. 38).
Ini bermakna, seandainya barangan perhiasan daripada selain emas dan perak itu dijana hingga mendatangkan pendapatan atau penghasilan (seperti disewakan atau dijual), maka pada saat itulah ia menjadi takluk atau tunduk kepada zakat, yiaitu dikenakan ke atas hasil yang dijana daripadanya sebagai zakat pendapatan atau zakat perniagaan.
Pandangan ini turut dilontar oleh seorang ulama Hambali, iaitu Abu Wafa’ Ibn Akil seperti mana yang telah diterakan di dalam kitab Ibn Qayyim dan kemudiannya dicuplik oleh al-Qaradawi di dalam kitabnya Hukum Zakat (hal. 442).
Berlian yang digunakan untuk perhiasan tidak ada zakatnya, tapi jika diproyeksikan untuk perdagangan maka ada zakatnya, demikian juga permata. Adapun emas dan perak, maka keduanya ada zakatnya jika mencapai nishab walaupun untuk dikenakan. Demikian menurut pendapat yang benar di antara dua pendapat ulama. (Syaikh Ibnu Baz, Fatawa Az-Zakah, disusun oleh Muhammad Al-Musnad, hal. 45.)
Perlukah Mengeluarkan Zakat Selain Emas atau Perak (Perhiasan)?
Syaikh Abdul Aziz bin Baz Rahimahullah pernah ditanya tentang cara mengeluarkan zakat perhiasan emas yang tercampur dengan benda-benda lain, maka beliau menjawab: “Yang wajib dizakati adalah emasnya jika untuk digunakan, sedangkan batu-batu mulia, seperti permata, berlian dan lain-lainnya, semua ini tidak ada kewajiban untuk mengeluarkan zakat.
Al-Imam Malik berkata,”tidak ada zakat pada lu’lu’(mutiara), misik,’dan anbar.”(Al Muwaththa’no1/232). Al-Imam Asy-Syafi’it,”apa yang dijadikan perhiasan oleh para wanita atau yang disimpan mereka, ataupun yang disimpa oleh para lelaki berupa mutiara, zabarjad (batu permata seperti zamrud), yaqut, marjan, perhiasan yang berasal dari laut, dan selainnya tidak ada zakatnya. Tidak ada zakatnya kecuali pada emas dan perak. Tidak ada zakat ada kuningan, besi, tembaga, batu, belerang dan apa-apa yang dikeluarkan dari bumi. Tidak ada zakat pada anbar tidak ada pula pada mutiara yang diambil dari laut” (Al-Umm, kitab Az-Zakah, bab Ma La Zakata fihi minal Hulli).
Kesimpulannya, harta-harta perhiasan seperti emas dan perak adalah wajib dizakatkan, manakala perhiasan daripada batu-batu permata, intan, mutiara, ambar (sejenis batu dari perut ikan) dan sebagainya tidaklah wajib dizakatkan, kecuali ia dijadikan sewaan atau jualan hingga mendatangkan hasil.
Nam kelompok
Siti murni
Nafifah badriah
Imam hidayat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar